As salam dan Salam Sejahtera
NOTA SAHAM kali ini merupakan sambungan kepada NOTA SAHAM yang lepas yang mana mengenai IPO(Initial Public Offering). Ok untuk NOTA SAHAM yang lepas saya telah bercakap mengenai bagaimana mahu memohon IPO melalui Online Banking manakala pada NOTA SAHAM kali ini saya ingin berbicara mengenai "Bagaimana Mahu Memilih IPO yang ADA UMPHHH". Maksud saya IPO yang akan menguntungkan kita apabila disenaraikan kelak.
Untuk memilih IPO yang ADA UMPPHH pekara pertama yang perlu anda lakukan adalah dengan membaca Prospektus yang mana akan dikeluarkan oleh syarikat terbabit.Prospektus adalah merupakan dokumen yang menunjukkan keadaan kewangan sesebuah syarikat yang ingin disenaraikan dengan tujuan untuk menarik perhatian pembeli. Prospektus ini akan memberi maklumat syarikat terbabit dari segi aktiviti perniagaan syarikat terbabit,penyata kewangan syarikat terbabit, senarai board of director dan byk lagi maklumat mengenai syarikat terbabit.
Orang ramai kemudiannya akan melihat prospektus terbabit dan menilai sama ada mahu membelinya atau tidak. Beberapa pekara yang perlu dititik berat supaya pelabur membeli IPO yang ADA UMPHHH adalah seperti berikut:
1.Lihat sejarah syarikat terbabit berdasarkan tiga pekara:
a)Sejarah Jualan Syarikat Terbabit(Jualan syarikat meningkat menunjukkan syarikat bagus). Ambik sekurang-kurangnya 3-5 tahun yang lepas
b)Sejarah keuntungan Syarikat terbabit(Keuntungan meningkat menunjukkan syarikat bagus). Ambik sekurang-kurangnya 3-5 tahun yang lepas
c)Aliran tunai syarikat terbabit(Penting). Tanpa aliran tunai yang positif bagi syarikat terbabit,syarikat boleh dikatakan dalam bahaya dan boleh merendahkan nilai syarikat terbabit.
2) Lihat tujuan utama syarikat terbabit mengeluarkan IPO. Jika tujuan utamanya adalah untuk mengembangkan perniagaan ,jadi IPO syarikat terbabit merupakan bagus tetapi andai kata untuk membayar hutang maka IPO terbabit kurang bagus. Tapi tidak bermaksud semua IPO yang dikeluarkan untuk membayar hutang tidak bagus.
3) Sila kaji persaingan yang syarikat terbabit ada di dalam pekara berikut:
a) Jenama-Popular ke tidak?
b) Bentuk Produk-Menarik perhatian atau tidak?
c) Saiz syarikat terbabit-Besar atau kecik
d) Kawalan Pasaran-Monopoli atau tidak dalam produk atau servis yang dijual
4) Sila lihat juga dividen yang dibayar oleh syarikat terbabit kepada pemegang saham. Syarikat yang bagus akan mempunyai bayaran dividen tahunan yang meningkat dari tahun ke tahun. Ambik 3-5 tahun ke belakang.
5) Pastikan anda juga melihat CEO punya ucapan dan lihat apa yang beliau rancangkan untuk syarikat beliau untuk tempoh tahun-tahun yang akan datang.
Sekian dulu untuk NOTA SAHAM kali ini. Untuk NOTA SAHAM AKAN DATANG kita akan belajar startegi yang boleh diguna pakai dalam melabur saham..
Berminat untuk belajar saham atau trading fcpo boleh pm kepada kami-
Saham
=====> https://bit.ly/3pCS6Pe
Fcpo
=====> https://bit.ly/3PGeB0g
TWC Premium-Market Update Saham
=====>https://bit.ly/3Tk0cdxd
Anda boleh follow kami,jika anda ingin mendapatkan informasi terkini mengenai SAHAM dan KOMODITI TRADING.
Telegram =>
https://t.me/+KfZqBGeV4PQ5NjQ1
Page FB =>
https://www.facebook.com/twctalk/
Website =>
https://thewancapital11.com/blog/
Youtube Channel =>
https://www.youtube.com/channel/UCGzZjt88aTXokl7KF6UppMg
Sekian,terima kasih