NOTA SAHAM 3- Settlement Date

As salam
Alhamdulilah bersyukur kepada ilahi kerana saya diberi peluang untuk menaip NOTA SAHAM 3 yang mana kali ini  saya akan mengajar mengenai settlement date. Pada pemain contra(rujuk nota terdahulu) settlement date ini sgt penting. Ini kerana jika saham yang dibeli tidak terjual pada hari ketiga maka force selling akan berlaku pada keesokkan harinya. Ini dinamakan FORCE SELLING. Tetapi jika anda deposit duit pada hari ketiga, maka saham terbabit tidak kan dijual secara FORCE SELLING.

Step 1 – Fahami Settlement Date
Di Bursa Malaysia, semua belian dan jualan perlu di selesaikan pada 12.30 pm pada T+3 day dimana T mewakili bilangan hari pembelian dan transaksi. Ini bermaksud kamu harus membayar pembelian atau menjual pegangan yang anda ada pada hari berikutnya. Tetapi hari minggu dan public holiday tidak dikira. Jika kamu membeli saham dan gagal untuk membayar pada T+3,broker anda akan melakukan force selling pada keesokkan hari. Force selling dilakukan pada T+4.

Step 2 – Trading Settlement
Jika kamu memebeli saham kamu hendaklah membayar sebelum T+3, 12.30 pm. Jika duit simpan cukup maka transaction dapat diteruskan tetapi jika tidak mencukupi maka anda hendaklah mendepositkan duit ke dalam trust akaun

Pengiraan buying Settlement:
Total Buy Settlement (RM) = Nilai Saham + Brokerage Fees + Clearing Fees + Stamp Duty
Saham akan dikreditkan ke dalam CDS akaun pada T+3.

Pengiraan Selling settlement pula:
Total Sell Settlement (RM) = Nilai Saham – Brokerage Fees – Clearing Fees – Stamp Duty
Cash dari jualan akan dikreditkan ke trust akaun  pada T+3

Ini merupakan NOTA SAHAM 3. Pada NOTA SAHAM 4 saya akan mengajar untuk mengira bagaimana untuk mengira profit dan loss  dan fees apabila membeli di bursa Malaysia. Apabila anda tamat NOTA SAHAM 4 maka anda sudah menguasai asas dalam melabur di bursa Malaysia. Tetapi bnda paling penting pastikan anda melabur bukanya berjudi.

Berminat untuk belajar saham atau trading fcpo boleh pm kepada kami-
Saham
=====> https://bit.ly/3pCS6Pe
Fcpo
=====> https://bit.ly/3PGeB0g
TWC Premium-Market Update Saham
=====>https://bit.ly/3Tk0cdxd

Anda boleh follow kami,jika anda ingin mendapatkan informasi terkini mengenai SAHAM dan KOMODITI TRADING.

Telegram =>
https://t.me/+KfZqBGeV4PQ5NjQ1

Page FB =>
https://www.facebook.com/twctalk/

Website =>
https://thewancapital11.com/blog/

Youtube Channel =>
https://www.youtube.com/channel/UCGzZjt88aTXokl7KF6UppMg

Sekian,terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *