NOTA SAHAM 2-PROSES BANK IN DAN JUAL BELI SAHAM

As salam…. Ini merupakan part kedua bagi nota saham. Saya harap anda faham tentang proses dan pilihan ada apabila anda membuka akaun trading dan cds yang mana telah diterangkan pada nota saham 1.

Step 1 – Deposit Duit 
Apabila anda telah membuka akaun dgn broker, langkah seterusnya adalah anda hendaklah memasukan duit ke dalam trust akaun tersebut. Bergantung kepada broker anda deposit ini boleh dilakukan melalui check atau pindahan online. Antara broker yang menyediakan pindahan wang secara online adalah, Maybank dan OSK, Saya tidak pasti mengenai bank lain tetapi apabila anda membuka akaun nanti, saya syorkan supaya anda bertanya dengan broker anda.

 Step 2 – Periksa Harga Saham
Bursa Malaysia beroperasi dari pukul 9pagi-12.30 tgh hari dan sambung semula selepas makan tengahari dari 2.30ptg-5ptg. Untuk urusan pembelian order boleh dihantar 30 minit sebelum waktu beroperasi. Untuk offline trading akaun, anda boleh menghubungi dealer atau remisier anda untuk periksa harga shares manakala kalau online anda dapat melayari internet dengan melayari website broker yang anda daftar. Sebagai contoh www.kenwealth.com. Ini merupakan contoh online stock bagi KENANGA INVESTMENT BANK.

 Di online akaun, anda boleh menyusun kaunter fevret atau kaunter yang anda perhatikan kedalam watch list supaya anda dapat monitor harga saham terbabit. Harga saham akan bergerak berdasarkan tick price yang telah ditetapkan oleh regulator(SC-Suruhanjaya Securities). SC merupakan badan berkanun yang mengawal pergerakan saham di bursa Malaysia. List dibawah merupakan tick price yang telah ditetapkan:

Tick Size harga saham
Bawah RM1.00 perubahan harga saham berubah sebanyak 0.005 sen, Contoh harga Saham wijaya rm0.10 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 0.005 sen.
RM1.00 to RM2.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 1sen, Contoh harga Saham Gtronic RM1.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 1 sen.
RM3.00 to RM4.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 2sen, Contoh harga Saham Affin Bank RM3.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 2 sen.
RM5.00 to RM9.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 2sen, Contoh harga Saham Maybank RM7.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 2 sen.
RM10.00 to RM24.99 perubahan harga saham berubah sebanyak 2sen, Contoh harga Saham KLK RM22.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 2 sen.
RM25.00 to RM99.98 perubahan harga saham berubah sebanyak 10sen, Contoh harga Saham Nestle RM3.20 setiap perubahan akan bertambah sebanyak 10sen.

Step 3 –Buy Order 
 Apabila anda telah menjumpai kaunter yang mana anda telah kaji dari segi fundamental dan technical analysisnya bolehlah kiranya anda memulakan langkah untuk membeli saham. Di bursa Malaysia, minimum order bagi setiap pembelian adalah sebanyak 100unit yang mana 100 unit ini bersamaan 1 lot. Sebagai contoh jika share price berharga RM1 seunit maka untuk anda membeli satu lot saham ini, anda memerlukan sebanyak RM100.

 Untuk offline trading, anda bolehlah menghubungi remisier atau dealer anda untuk membeli saham terbabit pada harga anda mahukan. Mereka akan menolong anda untuk membeli. Selepas order telah dimasukkan pada harga yang anda mahukan, bursa Malaysia kemudiannya akan memeriksa samada ada sesiapa yang mahu menjual pada harga yang telah anda tawarkan. Jika padan maka, anda dapat membeli saham terbabit. Dealer atau remisier akan memaklumkan kepada anda status order dan pembelian saham terbabit.
Untuk online trading akaun, anda bolehlah membeli secara online. Order yang anda masukkan kan dihantar ke broker punya Komputer sistem dan akan dihantar juga kepada Bursa Malaysia Komputer sistem. Anda dapat melihat status pembelian anda di online akaun samada anda berjaya atau tidak membeli saham terbabit.
Step 4 – Sell Order
Selepas anda berjaya membeli saham terbabit seperti STEP 3, anda  bolehlah menjual saham terbabit apabila sudah membuat keuntungan. Sebagai contoh harga beli RM1 dan selepas seminggu harga saham terbabit mencecah RM1.20. Maka anda bolehlah  menjual saham terbabit. Ini boleh dilakukan sama seperti STEP 3 Cuma kali ini anda menekan butang menjual. A contract note akan dihantar untuk proses jual dan beli saham apabila anda melakukan transaksi sebagai confirmation transaksi anda.
Sekian dulu untuk NOTA SAHAM 2…..kita tunggu sambungan NOTA SAHAM 3.


Berminat untuk belajar saham atau trading fcpo boleh pm kepada kami-
Saham
=====> https://bit.ly/3pCS6Pe
Fcpo
=====> https://bit.ly/3PGeB0g
TWC Premium-Market Update Saham
=====>https://bit.ly/3Tk0cdxd

Anda boleh follow kami,jika anda ingin mendapatkan informasi terkini mengenai SAHAM dan KOMODITI TRADING.

Telegram =>
https://t.me/+KfZqBGeV4PQ5NjQ1

Page FB =>
https://www.facebook.com/twctalk/

Website =>
https://thewancapital11.com/blog/

Youtube Channel =>
https://www.youtube.com/channel/UCGzZjt88aTXokl7KF6UppMg

Sekian,terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *