As salam dan Salam Sejahtera...
mesti ramai ngah tunggu untuk lapan pekara untuk ketahui saham nilai itu baik atau tidak. Ha3 sebenarnya semua sekali ada 9 Bila kita dah follow semua 9 step ni baru kamu boleh beli saham nilai terbaik. Tetapi ramai memlupakan langkah 9 dan menyebabkan anda akan sangkut dengan saham terbabit terlalu lama.
Tanpa berlengah ini merupakan antara langkah yang patut diikuti dan dibuat sebelum membeli saham pelaburan nilai
1)sejarah jualan,keuntungan dan aliran tunai yang tinggi dan konsisten
-Jualan dan keuntungan MENINGKAT bagi 5 TAHUN berturut-turut terutama semasa KEMELESETAN ekonomi.
-plg penting ALIRAN TUNAI MENINGKAT secara konsisten selama 5 tahun berturut-turut.
2)cari syarikat yang ada kelebihan kompetitif yang pjg.
-syarikat kompetitif adalah syarikat yang jenama kukuh cth Mcd,nike,adidas,sime darby
-syarikat ni adalah syarikat skala raksasa,market leader dan juga monopoli dalam pasaran.cth airasia
-persaingan yang kecik
3)PERTUMBUHAN SYARIKAT yang MANTAP untuk masa depan.
-Nak tahu syarikat punya planning,baca mesej CEO dalam laporan tahunan
4)HUTANG YANG SEDERHANA
-mcm mana nak tahu hutang dia ok adalah dgn tgk dia punya JUMLAH HUTANG KURANG 3 kali pendapatan bersih tahunan syarikat.
5)ROE>15%
cari syarikat yang mana RETURN ON EQUITY (ROE) lebih daripada 15%. Jikalau syarikat terbabit lebih daripada 12% sudah dikira kukuh. Maklumat ROE bleh didapati laporan tahunan kewangan syarikat.
cara pengiraan ROE
pendapatan bersih
----------------------------- x100%
Jumlah ekuiti saham
6)Elakkan syarikat yang menggunakan perbelanjaaan tinggi bagi kos operasi.
cth kos operasi adalah mesin,penyelidikan intensif,dan produk yang tidak ketinggalan zaman
7)lLihat samada pihak pengurusan memegang atau menjual saham syarikat terbabit. Ini kerana jika pihak pengurusan memegang saham atau pembelian secara aktif kemungkinan syarikat akan ada berita baik yang mana berita baik ini akan menaikkan harga saham jika pihak pengurusan menjual jadi saham syarikat itu tidak bagus dan akan jatuh disebabkan pihak pengurusan sendiri tidak yakin dgn syarikat terbabit. cth pihak pengurusan adalah ceo,grand manager dan sebagainya.
8)cara mengira saham nilai (bergantung risk free interest rate)
-kira purata pertumbuham syarikat 5 tahun/6tahun lepas
-jangkankan aliran tunai 10 tahun akan datang(guna percent dari purata tahunan)
-kira faktor diskaun dgn cara (1/1.05n)risk free interest 0.05(5%) n = jumlah tahun
jika risk free berubah menjadi 6 maka (1/1.06n)
-diskaun aliran tunai dikira dgn cara cash flow 10 tahun akan datang x faktor diskaun
-kira harga saham xyz dgn tmbh semua diskaun aliran tunai bagi 10 tahun bahagi dgn jumlah saham. jika harga saham xyz hasil bahagi dapat kurang dari harga pasaran maka beli kerana nilai saham terbabit akan meningkat sama seperti harga saham xyz hasil bahagi
9)Beli saham nilai apabila saham berada dalam pola meningkat atau pengukukuhan.
untuk jual saham nilai apabila harga saham terbabit meningkat dan melepasi harga saham xyz hasil bahagi maka jual la saham terbabit. 🙂 disini saya juga turut letakkan dua video mengenai pelaburan nilai. Harap anda dapat faham.Sekian dahulu untuk NOTA SAHAM KALI INI. INSYA ALLAH MINGGU DEPAN KALAU SAYA ADA MASA SAYA AKAN MENULIS LAGI
Berminat untuk belajar saham atau trading fcpo boleh pm kepada kami-
Saham
=====> https://bit.ly/3pCS6Pe
Fcpo
=====> https://bit.ly/3PGeB0g
TWC Premium-Market Update Saham
=====>https://bit.ly/3Tk0cdxd
Anda boleh follow kami,jika anda ingin mendapatkan informasi terkini mengenai SAHAM dan KOMODITI TRADING.
Telegram =>
https://t.me/+KfZqBGeV4PQ5NjQ1
Page FB =>
https://www.facebook.com/twctalk/
Website =>
https://thewancapital11.com/blog/
Youtube Channel =>
https://www.youtube.com/channel/UCGzZjt88aTXokl7KF6UppMg
Sekian,terima kasih