As salam dan Salam Sejahtera
Alhamdulilah skrg kita dah smpi part strategi pelaburan nilai. Sesetengah taiko kata strategi ini sesuai untuk pelabur yang bersabar. haha kalau xsabar bkn senang jugak nak guna strategi ini. Strategi ini merupakan antara strategi yang digunakan oleh Warren buffet yang mana duit start pelaburan 100k usd skrg dah 53 billion.Antara saham yang beliau pernah beli adalah Coca-cola yang mana harga yang dia beli sgt murah di bawah nilai dan nilai saham tersebut skrg sudah meningkat beratus dolar sedangkan masa dia beli hanyalah2-5 dolar sahaja. Saham coca cola ini masih beliau pegang hingga ke hari ini.Kenapa saya ckp strategi ini sesuai untuk org bersabar adalah kerana strategi ini memakan masa selama 6-12 bulan untuk membawa keuntungan 100 peratus. Kadang2 strategi ini memakan masa setahun hingga dua tahun. Yang pasti jangka masa lama tetapi keuntungan ada dan yang paling penting RISIKO rendah. Ok untuk minggu ini saya akan cakap secara am dahulu antara pekara kita utamakan dalam strategi ini dan 8 step yang perlu diikut akan diutarakan dlm doc minggu depan.
Ok yang paling penting bila kita bercakap atau menggunakan strategi nilai ini adalah kita patut kaji dan kenal pasti syarikat yang kukuh. ini kerana syarikat yang kukuh akan memberi keuntungan yang tinggi. Bila keuntungan tinggi nilai saham akan tinggi. ini antara rules terpenting yang patut diketahui bila anda menggunakan strategi pelaburan nilai.
Bila anda guna strategi ini seeloknya tumpu pada 10 syarikat sahaja. Mcm saya sendiri saya hanya fokus pada 7-9 syarikat. Ini dilakukan supaya anda kenal dgn syarikat anda labur. Bila guna strategi nilai,anda patut dan mesti tahu semua pekara berkaitan syarikat terbabit. Jika anda tidak tahu tentang syarikat terbabit mcm mana nak tahu syarikat ini akan bawa keuntungan atau tidak dan jika syarikat tidak ada keuntungan mcm mana nilai saham mahu naik. jadi tumpukan dan ketahui syarikat anda labur.
pekara ketiga anda kena ketahui adalah membeli saham syarikat yang dikehendaki pada waktu org tidak beli pada harga bawah nilai (untuk pengiraan saham bawah nilai akan diceritakan pada doc akan datang)
kenal pasti syarikat hebat.setiap tahun kewangan syarikat ini untung. yang paling penting beli saham syarikat yang mana dilanda berita buruk sementara. cth berita buruk sementara adalah keuntungan syarikat sedikit dan tidak dijangkankan. Bila keuntungan syarikat sedikit dan tidak seperti yang dijangkankan harga saham syarikat ini akan turun. ini dinamakan menbeli saham pada harga diskaun. ini kerana saham ini akan naik kembali apabila syarikat mencatatkan keuntungan..insya allah esk saya akan bagi step untuk pelaburan nilai yang patut dan baik utk diikuti
Berminat untuk belajar saham atau trading fcpo boleh pm kepada kami-
Saham
=====> https://bit.ly/3pCS6Pe
Fcpo
=====> https://bit.ly/3PGeB0g
TWC Premium-Market Update Saham
=====>https://bit.ly/3Tk0cdxd
Anda boleh follow kami,jika anda ingin mendapatkan informasi terkini mengenai SAHAM dan KOMODITI TRADING.
Telegram =>
https://t.me/+KfZqBGeV4PQ5NjQ1
Page FB =>
https://www.facebook.com/twctalk/
Website =>
https://thewancapital11.com/blog/
Youtube Channel =>
https://www.youtube.com/channel/UCGzZjt88aTXokl7KF6UppMg
Sekian,terima kasih