As salam
Di Malaysia, saham di dagangkan di Bursa Malaysia. Sebelum seseorang individu dapat bermain atau membeli mana2 kaunter saham di bursa Malaysia. Mereka hendaklah terlebih dahulu membuka trading akaun dan CDS akaun. Disini saya sertakan step by step untuk membuka akaun tersebut:
Step 1 – Buka Trading Akaun
Anda perlulah terlebih dahulu membuka akaun dgm stock broker yang berdaftar dgn bursa Malaysia. Anda dapat jumpa list stock broker yang berada di Malaysia di lama web bursa Malaysia. Antara contoh stock broker yang ada di Malaysia ialah KENANGA INVESTMENT BANK,RHB CAPITAL, MAYBANK INVESTMENT BANK, ECM LIBRA dan banyak lagi. Anda dinasihatkan untuk ke pejabatnya sendiri supaya urusan untuk membuka akaun lancar. Ini kerana ada sesetengah borang memerlukan tanda tangan anda dan pengesahan anda.
.Step 2 – Pilih antara Trading Akaun Terus atau Nominee
Untuk nominee trading akaun biasanya kamu akan appoint broker untuk pegang saham bagi pihak kamu. Ini bermaksud bila kamu beli saham,nama kamu tidak akan muncuk dlm buku pendaftaran kewujudan shareholders tetapi akan ditunjukkan broker name.Kelebihan nominee adalah kamu tidak perlu membuat apa paperworks seperti isi borang untuk bonus issue,right entitlement dan banyak lagi. Paling penting semua date line bukan kamu yang akan ingat tetapi broker kamu yang mana kamu masih lagi perlu memberi arahan apa yang mereka patut buat.Tetapi keburukan nominee akaun adalah mereka tidak dapat memohon IPO. IPO merupakan saham baru yang akan dilistedkan. Saham ini masih belum diniagakan di Bursa Malaysia. Semua mengenai IPO akan saya terangkan pada masa akan datang. Selain itu keburukan nominee adalah kamu tidak akan menerima annual report bg saham yang dipegangkan dan tidak dapat gift voucher.
Step 3 – Pilih antara Cash Akaun atau Contra Akaun
Bila kamu membuka akaun, akamu akan diberi pilihan samada mahukan cash akaun atau contra akaun. Cash akaun adalah dimana kamu hanya dapat membeli jumlah saham berdasarkan nilai duit yang anda ada didalam akaun. Contoh ali telah memasuk sebanyak RM1000 ke dalam cash akaunnya dan ali hanya mampu membeli saham sehingga RM1000 sahaja. Kelebihan cash akaun adalah brokerage fee nya yang murah. Untuk contra akaun, anda dapat membeli secara hutang. Itu lah bahasa kasarnya. Ini kerana contra akaun memberi anda kelebihan hutang sehingga 2 kali dari nilai anda tetapi berapa kali hutang itu bergantung kepada broker masing-masing. Contoh ali telah memasuk sebanyak RM1000 kedalam contra akaun dan ali hanya mampu membeli saham sehingga RM2000 sahaja.
Step 4 – Pilih samada mahu membeli saham secara online atau offline
Untuk offline anda hendaklah memcari seorang remisier yang mana akan menguruskan akaun ada. Semua arahan beli atau jual akan diberikan kepada remeisier tersebut dan remeisier tersebut akan lakukan. Selain itu remeisier itu juga terlibat sebagai penasihat yang mana mereka akan menasihati kita samada sesuai atau tidak untuk membeli sesuatu saham.Untuk online pulak, segala urusan jual dan beli akan dilakukan oleh anda sendiri. Semua boleh dilakukan secara online. Kebanyakkan pelabur sekarang banyak memilih cara ini disebabkan brokerage feenya yang murah tetapi AWAS!!! Jika anda merupakan pelabur baru disarankan untuk anda belajar dahulu cara-caranya untuk melabur. Ini kerana kekurangan ilmu dapat membuat anda mengalami kerugian yang besar. SO WATCHOUT jika kamu memilih untuk menggunakan cara ini.
Step 5 – Open Central Depository System (CDS) account
Seterusnya kamu perlu buka CDS akaun. Stock broker dipilih anda akan menolong anda membuka CDS akaun. CDS akaun adalah akaun electronic yang mana bertindak seperti akaun biasa untuk merekod segala jual dan beli saham. CDS akaun ini dijaga oleh Bursa Depository yang mana dulu dikenali sebagai Malaysia Central Depository. Kamu perlu mengisi dan tandatangan CDS opening akaun form (FMN01). Anda juga perlu menandatangani dua salinan specimen card dan salinan kad pengenalan. Harga untuk CDS akaun RM10.
Ini sahaja dapat saya kongsi untuk NOTA SAHAM 1-MEMBUKA dan JENIS AKAUN NOMINESS/CDS. Insya allah kalau ada masa saya akan menulis NOTA SAHAM 2-Tajuknya????hehe RAHSIA..tungguuuuuuuuuu dan disini saya turut kongsikan video dari investopedia yang mana tindakan sesetengah dealer atau remeisier yang tidak akan menguntungkan kita apabila melakukan jual beli saham.
Berminat untuk belajar saham atau trading fcpo boleh pm kepada kami-
Saham
=====> https://bit.ly/3pCS6Pe
Fcpo
=====> https://bit.ly/3PGeB0g
TWC Premium-Market Update Saham
=====>https://bit.ly/3Tk0cdxd
Anda boleh follow kami,jika anda ingin mendapatkan informasi terkini mengenai SAHAM dan KOMODITI TRADING.
Telegram =>
https://t.me/+KfZqBGeV4PQ5NjQ1
Page FB =>
https://www.facebook.com/twctalk/
Website =>
https://thewancapital11.com/blog/
Youtube Channel =>
https://www.youtube.com/channel/UCGzZjt88aTXokl7KF6UppMg
Sekian,terima kasih